Resepi akan di post ASAP
Saturday, November 21, 2009
Saturday, October 31, 2009
Tuesday, October 6, 2009
Laksa Sarawak




Menu untuk open house last week..with some help from my soon-to-grad final sem students..and after spending a few hours in my limited kitchen, laksa sarawak was finally produced..Kebetulan paste laksa sarawak ada about 1 kg in my fridge..kira-kira cukup la untuk +/- 80 pax..those who arrived late terpaksa la bedal food lain yg ter offer kat atas meja dat day..
LAKSA SARAWAK
(For 10-13 pax)
1 paket pes laksa sarawak (1 paket = 250gm lebih kurangla)
2 bungkus bihun - dicelur
5-6 ulas bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
Air rebusan ayam secukupnyer untuk kuah
1 ekor ayam - dibelah 4
1/2 kg santan pekat
1/2 kg udang - dicuci
2 paket fish cake - dipotong nipis
Hiasan:
Daun ketumbar - dipotong halus
Cili merah - dihiris nipis
limau kasturi
Telur rebus - dibelah 4
Isi ayam yang telah disiat-siat
Sambal:
(semua bahan kecuali air asam jawa dikisar halus)
5-6 batang cili kering
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
100 gm belacan
1 mangkuk kecil ikan bilis
2 camb air asam jawa
Cara-caranya:
1. Ayam yang telah dipotong 4 direbus. Bila ayam dah masak dan empuk, angkat ayam dan simpan air rebusan untuk kuah laksa. Isi ayam disiat-siat untuk hiasan.
2. Dalam periuk besar, tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing. Bila bawang dah garing masukkan pes laksa sarawak dan tumis lagi hingga naik bau dan pecah minyak.
3. Masukkan air rebusan ayam secukupnya untuk kuah. Bila kuah mendidih, masukkan santan pekat, udang, dan fish cake dan dimasak hingga mendidih. Kuah hendaklah sentiasa dikacau untuk mengelakkan santan dari berketul. Kuah laksa sarawak tidak perlu terlalu pekat.
4. Rasakan garam gula.
5. Untuk sambal: tumiskan semua bahan hingga garing dan pecah minyak. Masukkan air asam jawa dan rasakan garam gula. Masak seperti memasak sambal tumis biasa.
6. Semasa menghidang, letakkan bihun yang telah dicelur ke dalam mangkuk, tuangkan kuah laksa, hiaskan dengan bahan-bahan hiasan dan jangan lupa sambal..baru kick!
Labels:
NOODLES
Saturday, September 26, 2009
Siakap Kukus

Curi-curi masa update blog..coz cian kat my visitors..visit my blog tapi asyik nampak 'recipe will be posted later' sign..skg ni, posa pun dah abis, raya pun dah tamat..walaupun raya tu sebulan..assigment pun belum menggunung..bukan tadak assgment..tapi mlm ni mood nak update blog tu datang..so kena la buat sementara mood masih ada..resepi ikan kukus ni actually is very simple..campak jer semua bahan dalam bekas and steam em up..after like 15 minits or so masak la ia and is ready to be belasah..kalau masak ikan kukus ni i cuma suka guna ikan siakap..ikan lain pun boleh gak..tapi i suka siakap..kalau ada asam boi..boleh letak sekali..lagi sedap..rasa masam-masam manis..mcm filem p ramlee la pulak hahahaha..
SIAKAP KUKUS
1 ekor ikan siakap - cuci bersih
1 biji bawang besar - belah 8
5-6 biji cili api - ketuk
3 batang serai - ketuk
3 biji bawang putih - ketuk
1 inci halia - hiris panjang
1 biji tomato - belah 6
2 camb sos tiram
1 camb sos ikan
2 biji asam boi
1 camb air asam jawa
1 kuib pati ikan bilis
2 camb air bancuhan tepung jagung
1 camt jus limau nipis
Garam gula
Cara-caranya:
1. Didihkan air dalam pengukus.
2. Dalam bekas yang sesuai, letakkan ikan siakap yang telah dicuci bersih.
3. Letakkan semua bahan yang ditulis di atas ke atas, dalam perut ikan, bawah dan sekeliling ikan. Di tambah sedikit air untuk kuahnyer. Jika suka kuah banyak boleh letak air banyak sikit..i tak suka kuah banyak sangat..
4. Kukus selamat 10-15 minit atau hingga ikan masak. Resepi yang senang, sedap dan sihat...
Labels:
IKAN
Subscribe to:
Posts (Atom)
